Untuk makluman semua pengunjung laman sesawang ini, pihak UTM telah menyediakan satu laman sesawang baru bagi semua persatuan aktif yang diluluskan oleh Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA).
Sila klik link di bawah untuk pergi ke laman sesawang baru kami.
Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM
Exemplary, Energetic, Action-Oriented
Wednesday, May 11, 2011
Thursday, April 14, 2011
Isu Sri Putri
Sri Putri : Jam 3 petang tadi, YDP MPMUTM, saudara Wan Ahmad Hazman, saudara Khairul Nizam dan wakil dari Persatuan Pemandu Teksi Taman Jaya telah ke MPJBT untuk berbincang berkenaan isu perhentian bas Sri Putri. Mereka telah berbincang terus dengan YDP MPJBT berkenaan perkara ini dan ada usul untuk menaik taraf kawasan teksi di taman jaya tersebut supaya lebih kondusif dan selamat. Namun segalanya masih tertakluk kepada perbincangan antara MPJBT, SPAD, LLM, JKR dan JPJ. Setakat ni akan ada penaikan taraf yang akan dilakukan oleh pihak Wilayah Iskandar ke atas hentian bas di Sri Putri supaya bas boleh berhenti dan mengambil serta menurunkan penumpang di situ. InsyaAllah saudara Hazman juga akan keluarkan kenyataan berkenaan perkara ini dan kami akan terus pastikan hentian ini akan dapat dipertahankan.
Labels:
Kebajikan
Sunday, April 10, 2011
Majlis Ramah Mesra Menteri Pengajian Tinggi Bersama MPP IPTA Sesi 2010/2011
![]() |
| MPM UTM |
Dalam kesempatan itu, saudara Wan Ahmad Hazman, selaku Presiden MPPK turut menyampaikan ucapan dan beberapa pesanan sebagai pembuka majlis. Dalam ucapan beliau, ada dinyatakan bahawa MPP IPTA kali ini adalah bersifat 1Malaysia.
Tambahan pula, Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut menyampaikan amanat kepada para pemimpin mahasiswa. Beliau menggesa kepimpinan MPP kali ini perlu bertindak sebagai ejen perubahan, pemimpin universiti, dan penentu masa depan negara yang merhargai nilai perbezaan.Turut sama timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Mohd Noor.
Sambil mendengar amanat, sajian makanan turut disediakan buat semua tetamu yang hadir. Di samping itu, majlis ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan-persembahan yang menarik daripada pelbagai universiti.
Subscribe to:
Posts (Atom)





